Kempen Membawa Bekal Dari Rumah

Kempen Membawa Bekal Dari Rumah..


Adakah anda pernah membuat pengiraan berapakah perbelanjaan anda seharian? Secara puratanya, dapat dikira seorang individu itu akan berbelanja hampir RM10 sehari untuk minum pagi, makan tengahari dan makan malam... Itu tidak dikira lagi sama ada makanan tersebut yang dibeli dijamin bersih dan selamat..

Ayuhlah kita membawa bekal dari rumah.. sekurang-kurangya dapatlah kita berjimat dan menjadikan kita lebih produktif dan menyokong Program Selamatkan Alam Sekitar dan Go Green!


Kempen Membawa Bekal Dari Rumah di Kolej Komuniti Selandar..


Kempen Membawa Bekal Dari Rumah diadakan bermatlamat memberi kesedaran kepada staf KKSL supaya menilai semula tabiat berbelanja mereka sebelum ini. Dengan kenaikan harga barang makanan, sememangnya akan menyukarkan seseorang individu itu dapat berjimat cermat dan menabung. Kempen ini juga diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan staf KKSL agar mengamalkan pemakanan sihat dimana makanan yang disediakan dijamin berkhasiat, bersih serta selamat. 


Objektif dan Matlamat
  1. Menjimatkan perbelanjaan harian staf
  2. Menggalakkan keterlibatan semua kakitangan KKSL ke arah membudayakan amalan pemakanan sihat
  3. Menggalakkan staf untuk menggunakan pantri dikolej dan tidak makan diluar.
  4. Merapatkan hubungan antara kakitangan
  5. Meningkatkan produktiviti kerja dengan menepati masa. 








 

No comments:

Post a Comment